SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bekas pemandu lori dihukum gantung bunuh isteri, anak


Bekas pemandu lori dihukum gantung bunuh isteri, anak

SHAH ALAM – Perbuatan kejam seorang bekas pemandu lori membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan pada lima tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Satvender Singh, 35, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya menjelaskan keterangan tertuduh bahawa kejadian itu disebabkan rompakan tidak boleh diterima kerana tiada wujud unsur sedemikian termasuk rumusan daripada pegawai penyiasat kes.

“Hasil pemeriksaan pada 11 anak kunci tidak menunjukkan ada kunci pendua atau sepadanan pada mangga yang dikatakan dipotong semasa kejadian.

“Tambahan, ahli patologi menyatakan tulang rawan isteri tertuduh patah sedangkan tiada sebarang paksaan pecah masuk dengan tertuduh adalah orang terakhir di rumah tersebut semasa kejadian,” tegasnya.

Satvender yang duduk di kandang tertuduh dengan memakai baju sejuk warna hitam berbelang putih dilihat tenang sebaik hukuman dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishilyn Kaur Sandhu, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Sementara itu, adik mangsa dikenali Riyaa ketika ditemui di luar galeri mahkamah bersyukur apabila kebenaran dan keadilan berhubung kematian kakak dan anak buahnya itu terbukti menerusi keputusan mahkamah.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!