Team Ustaz Ebit Lew Fitnah Saya, mahu mengambil tindakan undang-undang- Ustaz Abu Syafiq


Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary menyatakan bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli kumpulan pasukan Ebit Lew.


Dalam satu video yang dimuatnaik, dia akan membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang.


“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.


“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.


Jelasnya, antara fitnah yang telah dilemparkan adalah dia dikatakan menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew.


Tegasnya, ternyata dua tuduhan tersebut sangat berat sehingga telah menyebabkan reputasi dirinya jatuh.


“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.


“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” jelasnya.


Dedahnya lagi, dia telah menegur ahli pasukan Ebit Lew yang telah memfitnah dirinya.



“Saya ingin menyatakan satu perkara, di kalangan team ustaz Ebit Lew ada yang telah memfitnah saya dan apabila saya menegur salah seorang daripada teamnya, dia akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.


“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahanya.


Pada masa sama, Abu Syafiq juga mahu pihak PDRM untuk membuat siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.


Banyak lagi info dan video semasa dalam dan luar negara. Join group telegram kami PERCUMA... KLIK JER








Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)