SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita maut kereta terpesorok bawah lori

Wanita maut kereta terpesorok bawah lori

IPOH - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut dekat Jelapang di sini pada Sabtu.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 10.28 pagi melibatkan nahas sebuah kereta dengan lori.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi menyelamat dijalankan mengesahkan terdapat mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

"Setakat ini, disahkan seorang mangsa berada dalam kereta itu. Operasi menyelamat masih dijalankan sehingga ke saat ini," katanya dalam kenyataan ringkas pada Sabtu.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.



LAZADA 5.5

LAZADA ADA SEMUA

Setiap Hari Barang Murah


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.