Tindakan wanita berusia 29 tahun itu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dikatakan disedari pelanggan lain sebelum membuat menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, sebaik menerima aduan pasukan ronda Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jasin bergegas ke lokasi jam 5.30 petang.
Beliau berkata, sebaik tiba di hadapan premis berkenaan, polis mendapati seorang wanita berada di dalam kereta.
"Hasil pemeriksaan mendapati dia memakai gelang merah jambu seperti yang dilaporkan.
"Semakan KKM mengesahkan wanita itu sedang menjalani kuarantin di rumah dan dia kemudian dikompaun serta-merta RM1,500," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tindakan kompaun diambil mengikut Seksyen 15(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 kerana ingkar pemerhatian dan pengawasan kontak rapat.
"Mana-mana individu yang diarahkan menjalani kuarantin dan dipakaikan gelang merah jambu wajib berada di rumah," katanya.
Terdahulu, tular di Facebook yang meminta penduduk Jasin agar berhati-hati kerana terdapat wanita bergelang merah jambu ke sebuah dobi di pekan Jasin untuk mengeringkan pakaian.

Bayi Dr Fatihah selamat dilahirkan
"Semakin teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah." Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar, 56, sebelum beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh, akibat dijangkiti Covid-19 sejak seminggu lalu...

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!