VIDEO - Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans

Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans

HULU SELANGOR – Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.

Menurut beliau, ketika kejadian ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.

"Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.

Katanya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#sinarharian

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)