SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tegur pandu kenderaan laju punca serangan


Tegur pandu kenderaan laju punca serangan

Klang: Polis menahan lapan lelaki disyaki terbabit kejadian menyerang satu keluarga menggunakan senjata di depan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian yang tular di media sosial itu terjadi apabila adik kepada mangsa menegur suspek kerana memandu laju di kawasan perumahan berkenaan.

"Polis Klang Selatan mengesahkan menerima satu laporan polis semalam berhubung kejadian sekumpulan lelaki menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumahnya.

"Susulan laporan polis yang dibuat, polis berjaya menahan lima suspek di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan manakala tiga suspek ditahan di tempat kejadian antara jam 9 hingga 10 malam tadi.

"Polis juga berjaya merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau serta dua topi keledar berwarna biru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, semua suspek ditangkap mengaku terbabit dengan kes berkenaan sebagaimana yang tular di media sosial.

"Semua suspek yang berumur lingkungan usia 20 hingga 30 tahun itu ditahan reman antara dua hingga tiga hari.

"Tiga daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau, seorang suspek mempunyai 13 rekod lampau (jenayah), seorang suspek mempunyai dua rekod lampau (dadah) dan seorang lagi mempunyai satu rekod lampau (jenayah).

"Siasatan juga mendapati, dua suspek yang ditahan di tempat kejadian mempunyai hubungan adik beradik.

"Siasatan masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, mangsa berusia 37 tahun yang tidak mengenali semua suspek terbabit mengalami cedera ringan.

"Mangsa mengalami luka bahagian kaki kiri manakala adiknya cedera ringan di bahagian muka," katanya.

Terdahulu, tular di media social kekecohan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan kayu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di taman perumahan.

▶️ 

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.