SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tajuddin dikompaun RM1,500 tidak pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan itu dilakukan Tajuddin semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu.

"Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh beliau (Tajuddin) telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada Selasa dengan keputusan kompaun sebanyak RM1,500.

"Ini atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Justeru, beliau menegaskan, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Pada 27 Mei, Mohamad Zainal mengesahkan telah memanggil Tajuddin untuk dirakam keterangan.

Selain itu, Mohamad Zainal turut mengesahkan memanggil Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga kakitangan Prasarana.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!