Suami Istri Ditahan Ganggu Tugas Polis, Keluar Kata-kata Kesat


SUBANG JAYA - Sepasang suami isteri ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini, Rabu lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek yang menaiki kereta ditahan oleh anggota yang sedang menjalankan tugas pemantauan kira-kira jam 7.26 petang.

"Semasa pemeriksaan, suspek wanita tempatan berusia 42 tahun melakukan provokasi selain mempersoalkan pemeriksaan yang dibuat oleh anggota polis.

"Wanita itu turut merampas dokumen suaminya, lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua individu itu ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasangan terbabit kemudian direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Tular rakaman video berdurasi satu minit 59 saat memaparkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan.



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)