2 orang remaja ditahan polis atas kesalahan membongkar kubur milik wanita tua berusia 84 tahun bernama Isabel Bastatas untuk merogolnya berkali-kali.
Kejadian itu disedari keluarga mendiang ketika salah seorang daripada keluarganya menziarahi kubur Isabel dan mendapati kuburnya tidak terurus dan berselerak padahal baru sahaja dikuburkan
Keluarga si mayat itu membuat laporan polis kerana curiga mungkin ada sabotaj daripada orang yang berniat jahat untuk merosakkan kubur Isabel.
Setelah disiasat, polis mendapati kubur Isabel seperti sering dibongkar dan dikuburkan semula malah kaki mayat dalam keadaan terangkat dan pakaian dalam mayat itu juga hilang. Polis juga mendapati ada kesan-kesan seksual pada bahagian kemaluanya lalu mengesyaki bahawa mayat ini dirogol walaupun susah untuk diterima akal.
Setelah beberapa hari siasatan dijalankan, pihak polis mengesyaki pelakunya adalah remaja dan tangkapan berjaya dilakukan hasil bantuan maklumat daripada keluarga pelaku itu sendiri yang bernama Erwin.
Erwin bersama rakannya membongkar kubur mayat Isabel untuk merogolnya berkali-kali selain mencuri barangan yang ada dalam keranda tersebut.
Kedua-dua remaja ini didapati bersalah dan dihukum penjara selama 3 tahun dan denda 29130.01 Peso(RM 2,000). Kes ini tercatat kes serangan seksual kedua ke atas mayat selepas kejadian di Rusia pada 2015.