Polis tahan suami isteri disyaki dera budak 10 tahun
Jempol, Negeri Sembilan: Suami isteri berusia 34 dan 35 tahun ditahan polis selepas disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias Empat dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua suspek ditahan pada 4.10 petang semalam selepas polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi.
Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama kedua suspek selepas kematian ibu bapanya.
Chang Hook berkata, pada hari kejadian mangsa dipukul oleh oleh isteri suspek menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat di bahagian badan selepas mangsa membaling batu ke rumah orang.
Katanya, mangsa juga dipercayai pernah dipukul oleh abangnya itu dengan penyangkut baju kerana disyaki mencuri duit pada Ramadan, baru - baru ini.
"Mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut dan kedua-dua suspek akan direman hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Sumber: Harian Metro

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!