SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Polis Buru Lelaki Raba Kanak-kanak Jual Kuih


PETALING JAYA - Polis giat memburu seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki di sebuah pangsapuri di kawasan Seksyen 19 di sini.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kes itu daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit.



Menurut beliau, dalam kejadian itu dua beradik berusia lapan dan sembilan tahun sedang menaiki tangga untuk menjual kuih di kediaman mereka.



"Bagaimanapun, datang seorang lelaki berusia lingkungan 20-an secara tiba-tiba menarik tangan mangsa sebelum melakukan kelucahan melampau terhadap kedua-dua mangsa.


"Sejurus itu, kedua-dua mangsa yang ketakutan berlari pulang ke rumah sambil menangis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Mengulas lanjut, Mohamad Fakrudin berkata, berdasarkan lakaran fotofit, hasil diskripsi mendapati suspek berusia lingkungan 26 tahun, mempunyai ketinggian 168 sentimeter, tubuh kurus serta rambut hitam.


"Namun, bangsa suspek tersebut tidak dapat dipastikan," katanya.


Sehubungan itu, katanya, polis Petaling Jaya memohon kerjasama daripada orang awam khususnya dalam daerah ini yang mengetahui tentang kejadian atau mengenali diskripsi suspek seperti yang dinyatakan agar tampil ke balai polis berhampiran.


"Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor M Naresh Kumar di talian 016-975 7113," katanya.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.