PKP 3.0 Akan Dilanjutkan - PM

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat esok akan dilanjutkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau ketika mengumumkan perkara itu berkata, fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.

Walaupun berita palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa Covid-19 berdasarkan nilai ambang PPN dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke fasa dua.

Sumber : Sinar Harian



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!