Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu

Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu

Langkawi: Pekerja kedai runcit berdepan detik cemas apabila diugut dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian samun di Jalan Bohor Tempoyak, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika wanita berusia 21 tahun itu berada di kaunter pembayaran sebelum seorang lelaki memakai topi keledar masuk ke dalam kedai.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki itu berlegar-legar di dalam kedai lalu menuju ke kaunter bayaran sebelum mengacu pisau ke arah pekerja wanita.

"Lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang yang ada dalam kaunter sebelum melarikan diri. Mangsa tidak cedera dan nilai kerugian dianggarkan RM600," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shariman berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki ketinggian kira-kira 165 sentimeter.

"Ketika melakukan jenayah, suspek memakai topi keledar hitam, pelitup muka dan cermin mata bagi mengelak identitinya dikesan.

"Suspek menggunakan pisau pemotong sayur untuk mengugut mangsa dan kita sedang mengesannya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian samun bersenjata itu tular dalam media sosial.


LAZADA 5.5

LAZADA ADA SEMUA

Setiap Hari Barang Murah


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)