Tertuduh merayu jaminannya dikurangkan kerana dia menanggung 3 isteri dan 7 anak.


LAZADA 5.5

LAZADA ADA SEMUA

Setiap Hari Barang Murah

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya, 4 Mei lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 38, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isteri ketiga, Jahidah Nordin@Sylvester, 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 berikutan keseriusan kes yang menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun tertuduh merayu jaminannya dikurangkan kerana dia menanggung tiga isteri dan tujuh anak.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM7,000 dengan dua penjamin.

Tertuduh juga diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran selain diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)