Pengasuh Didakwa Dera Bayi 3 Bulan Hingga Mengalami Pendarahan Dalam Otak

Bayi tiga bulan cedera didakwa didera pengasuh

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami pendarahan pada bahagian otak dan kepala disyaki didera pengasuh dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Denai Nusantara, Gelang Patah di sini.

Kejadian itu disedari ibu mangsa, Farah Akila Ibrahim, 31, kira-kira pukul 9.30 malam pada 22 Mei lalu selepas suaminya mengambil anak mereka dari rumah pengasuh.

Menurut Farah Akila, hanya selepas anaknya bangun tidur kira-kira 20 minit kemudian, suaminya mendapati anak bongsu tiga beradik itu dalam keadaan lemah.

“Lepas 20 minit anak bangun tidur dalam keadaan lembik sangat-sangat, mata pandang ke atas dan ke kanan. Memang tak nampak normal, macam nyawa-nyawa ikan.

“Masa saya hantar anak ke rumah pengasuh anak masih sihat, ceria, selepas ambil anak dari rumah pengasuh terus jadi macam tu,” katanya.

Panik dengan keadaan anak mereka, pasangan itu membawa bayi mereka ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kepala kanak-kanak itu.

Jelas Farah Akila, anaknya itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan ditahan selama 11 hari untuk rawatan.

“Syukur anak saya tidak mengalami kecederaan parah cuma ada sedikit pendarahan pada otak dan kepala, kini sudah baik cuma sekarang dia macam trauma, dulu dia ceria, bila kita tegur dia, macam respon lambat,”katanya.

Bercerita lanjut, Farah Akila berkata, dia menghantar bayinya itu selepas habis berpantang ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan restoran miliknya di kawasan sama pada awal Mac lalu.

Jelasnya, dia dan suaminya ada bertanyakan kepada pengasuh itu mengapa keadaan anaknya begitu.

“Bila saya tanya sama ada anak saya terjatuh dia cakap tidak tahu dan menafikan dia dera, tetapi kalau tidak dera atau tidak jatuh macam mana anak saya cedera,”soalnya.

Susulan kejadian itu, Farah Akila membuat satu laporan polis di Balai Polis Bukit Indah, di sini pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes masih dalam siasatan.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)