SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

Pasir Gudang: Pemandu Perodua Axia yang terbabit dalam kejadian langgar lari sebuah motosikal di Jalan Rambai, Taman Kota Masai, di sini, petang tadi, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan jam 5.30 petang di kediamannya di Taman Kota Masai.
Katanya, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya mengesan dan menahan pemandu itu.
"Siasatan awal pemandu itu mendakwa mengantuk menyebabkan dia terbabas dan melanggar penunggang motosikal. Pemandu kereta itu juga turut didapati tiada lesen memandu.

"Dalam kemalangan jam 1.24 tengah hari itu, penunggang motosikal berusia 34 tahun dari arah Kota Masai 2 menghala ke Jalan Jambu cedera parah dilanggar dirempuh kereta dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Sohaimi berkata, penunggang motosikal itu patah kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam video berdurasi 2 minit 58 saat itu memaparkan Perodua Axia berada di laluan bertentangan dan melarikan diri selepas merempuh motosikal.

▶️Harian Metro

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.