Pekerja Penghantar Barang Dikompaun RM 1,500 Tak Pakai "Facemask"


ARAU: Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang, selepas kesemua mereka didapati tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof, yang mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu berkata, anggota pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) melakukan pemeriksaan di kawasan itu pada jam 1.30 tengah hari tadi.

"Hasil pemeriksaan mendapati sembilan daripada 40 pekerja tidak memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tegas mengeluarkan kompaun terhadap sembilan penghantar barang berumur 20 hingga 30 tahun itu.

Kompaun itu katanya, dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)