SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pekerja Diminta Buat Laporan Jika Ada Majikan Yang Langgar SOP

SHAH ALAM – Pekerja diminta untuk melaporkan sekiranya terdapat majikan yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti beroperasi lebih masa, lebih 60 peratus pekerja dan beroperasi walaupun telah diarahkan tutup.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, kerajaan telah membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan.

Menurutnya, aduan boleh dilakukan melalui Malaysian Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000, 80008000@mygcc.gov.my atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my.

“Mutakhir ini, banyak isu yang berkaitan dengan industri, premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu telah beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ketika ini.

“Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya.

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan SOP Covid-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam masa sama, katanya, sehingga 1 Jun, beberapa kementerian telah mengambil tindakan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah dan arahan PKP.

Mengulas lanjut, tambahnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 80,463 pemeriksaan setakat Jumaat.

“Ia melibatkan 5,069 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 20,710 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP.

“Seramai 952 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 870 individu dikompaun, 81 direman manakala seorang lagi dijamin,” ujarnya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!