SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pekebun sayur maut dihempap pokok tumbang

TANJUNG MALIM – Malang menimpa seorang penunggang motosikal warga emas apabila maut setelah dihempap sebatang pokok yang tumbang berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat Taman Universiti di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu ketika hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan mangsa, Chin Kock Heng, 67, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Dia yang bekerja di sebuah kebun sayur di Kampung Simpang Empat dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ketoyong di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.41 petang.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati sebatang pokok telah tumbang secara melintang dengan mangsa terbaring di atas jalan.

“Pokok tersebut telah menghempap mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja pembersihan pokok tumbang itu dijalankan oleh anggotanya bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sehingga operasi tamat pada pukul 5.32 petang.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.