SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Motosikal rosak, warga emas berjalan 3km untuk terima vaksin

Kota Bharu: Akibat motosikal rosak dan tidak mahu menangguhkan suntikan vaksin Covid-19, seorang warga emas sanggup berjalan kaki kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini, untuk mendapatkan suntikan itu di Kompleks Balai Islam, Lundang, minggu lalu.

Siti Meriam Sulong, 76, seorang ibu tunggal berkata, dia tetap bersemangat walaupun terpaksa berjalan kaki hampir tiga jam untuk ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan pada 1 Jun lalu, selepas motosikal milik anaknya Suhaimi Husin, 42, rosak.

Katanya, pada awalnya dia sepatutnya menerima suntikan dos pertama bulan lalu, namun terpaksa menolak janji temu itu disebabkan masalah pengangkutan.

"Pada hari janji temu motosikal anak saya sekali lagi rosak, namun saya tetap menggagahkan diri untuk ke lokasi PPV dengan berjalan kaki, kerana tidak mahu menangguhkannya buat kali kedua.

"Saya keluar rumah pada 10 pagi untuk mendapatkan suntikan vaksin, memandangkan janji temu saya sekitar 1.30 petang dan saya tiba di Kompleks Balai Islam Lundang, pada 1 petang," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini, hari ini.

Ibu kepada empat orang anak yang berusia antara 42 hingga 50 itu berkata, sebaik tiba di Kompleks Balai Islam Lundang itu, dia meminta kebenaran jururawat bertugas untuk berehat terlebih dahulu.

"Sebaik tiba, petugas memaklumkan sudah tiba giliran sebelum saya meminta izin untuk berehat seketika, untuk menghilangkan rasa penat dan keletihan kerana berjalan jauh.

"Malah petugas yang bertugas di PPV berkenaan juga membantu menempah 'grab car' dan juga membayarnya untuk menghantar saya pulang ke rumah, selepas menerima suntikan itu," katanya.

Siti Meriam berkata, dia tidak mahu menyusahkan dua anaknya yang tinggal bersama kerana mereka mempunyai masalah kesihatan, selain dua orang lagi menetap di luar Kelantan.

Bercerita lanjut, Siti Meriam berkata, cucunya Roshanani Bakri, 29, yang menetap di Kuala Lumpur membantunya mendaftar sebagai penerima vaksin di aplikasi MySejahtera.

"Sehari sebelum janji temu itu, cucu saya menelefon memberitahu mengenai janji temu itu, selain turut menyuruh saya ke PPV berkenaan untuk menerima suntikan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sudah berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama ini, memandangkan golongan seperti saya wajar disuntik bagi mengelak wabak Covid-19 yang mudah dijangkiti dalam kalangan warga emas," katanya yang akan menerima dos kedua pada 22 Jun nanti.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.