SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui

Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui

IPOH, PERAK: Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Sri Sayang, dekat sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas ditemui terbaring di ruang dapur rumah berkenaan hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai perkara itu kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengatakan terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.


“Pihak bomba menghubungi polis untuk tindakan kebenaran membuka pintu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Menurut jurucakap itu lagi, selepas dibuka menggunakan peralatan khas, didapati terdapat seorang mangsa terbaring di bahagian dapur.


Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani
Oleh: Abd Razak Mohd Ali

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!