SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum merogol kekasih orang

DUNGUN- Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum merogol seorang wanita yang ditahan bersama teman lelakinya.

Itu kesalahan dipercayai dilakukan dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang direman lima hari bermula hari ini di sini.

Sumber memberitahu, kedua-kedua suspek yang menyamar sebagai penjawat awam menahan mangsa dan teman lelakinya di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun pada 14 Mei lalu.

Suspek juga dipercayai meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa dan teman lelakinya itu.

"Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang berkenaan, kedua-kedua suspek melepaskan lelaki tersebut.

"Bagaimanapun, mereka membawa wanita itu ke sebuah hotel lain di bandar Dungun sebelum merogol wanita terbabit," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-kedua lelaki tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!