Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Ditahan Polis

Teluk Intan: Lelaki yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap kucing dengan menyeret haiwan itu sambil menunggang motosikal di Langkap, di sini, seperti tular di media sosial, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas suspek menyerah diri ke Balai Polis Langkap pada 9 malam.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut membuat laporan penafian mengenai kejadian.

"Suspek mendakwa dia mahu menangkap kucing berkenaan menggunakan sauk untuk dibuang di kawasan berdekatan rumahnya.

"Lelaki itu mendakwa tiba-tiba kaki depan kucing berkenaan terkeluar dari jaring sauk menyebabkannya terseret di atas jalan ketika dalam perjalanan ke kedai makan berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini selepas diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Kes akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)