SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup


PASIR MAS: Seorang lelaki tergamak melepaskan 'gian' di hadapan isteri dan anaknya di sebuah rumah sebelum dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, menyedari kehadiran anggota AADK, isteri dan anak suspek bertindak melarikan diri.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu, anggota penguat kuasa AADK turut menahan seorang lagi rakan lelaki berkenaan yang dipercayai terlibat sama dalam aktiviti terbabit.

Ketua Pegawai AADK Pasir Mas, Nor Asmah Seman berkata saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai kes berulang berkaitan dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan dua lagi penagih dadah di lokasi berbeza.

"Kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 19-50 tahun. Kes disiasat bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.