SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki Langgar Kawasan PKPD Mahu Jumpa Anak,Istri Ditahan


KUALA PILAH – Tindakan seorang lelaki yang cuba memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Simpang Juasseh di sini untuk bertemu keluarganya membawa padah apabila ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40 tahun itu datang ke pos kawalan PKPD kira-kira jam 9.50 malam dalam keadaan tidak terurus.

Dia datang memaklumkan ingin bertemu isteri dan anak-anaknya namun tidak dibenarkan berbuat demikian di dalam kawasan PKPD.

"Tambahan pula, keluarganya adalah pemakai gelang kuarantin, bagaimanapun dia tetap ingkar selain mengeluarkan kata-kata kesat serta mengganggu tugas anggota penguat kuasa yang bertugas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di PKPD Simpang Juasseh pada Isnin.

Mengulas lanjut, Amran berkata, lelaki berkenaan yang datang dari Tanjung Ipoh di sini kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 186 dan 269 Kanun Keseksaan.

"Dia direman selama dua hari bermula Ahad dan dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Selasa," katanya.

Dalam pada itu, Amran berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali cuba memasuki kawasan PKPD dan membuat provokasi terhadap pihak berkuasa.

Sekiranya masih ingkar, tindakan tegas akan diambil serta-merta. Mereka sepatutnya memahami keadaan ini kerana tindakan kerajaan berkenaan bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.

"Kami memahami situasi individu yang ingin bertemu dengan keluarga di kawasan PKPD, namun mereka perlu faham akan tugas pihak berkuasa," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di Negeri Sembilan, tiga kawasan perumahan di mukim Juasseh, Kuala Pilah dilaksanakan PKPD berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh singkat.

Tiga kawasan perumahan dalam PKPD tersebut iaitu Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh dan Taman Sri Juasseh mempunyai seramai 2,125 penduduk.


LAZADA 4.4

Bayi Dr Fatihah selamat dilahirkan

"Semakin teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah." Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar, 56, sebelum beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh, akibat dijangkiti Covid-19 sejak seminggu lalu...


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!