SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki Ditahan Kerana Lari Dari SJR Sebab Tak Ada Lesen Memandu, Roadtax Mati


'Mana hang nak lari....'

Butterworth: Mekanik ditahan polis selepas dikejar kira-kira 15 kilometer (km) ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan cuba mengelak daripada diperiksa polis dan memecut keretanya gara-gara tidak mempunyai lesen memandu dan cukai kenderaannya sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum itu polis yang melakukan tugas rondaan pada 10.15 malam ternampak sebuah Proton Satria berada dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Permatang Buloh, Sungai Dua di sini.

Menurutnya, anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) itu kemudiannya memasang lampu suar dan menggunakan pembesar suara untuk meminta suspek memberhentikan kenderaannya sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak diendahkan suspek bahkan lelaki itu terus memandu secara melulu dan merbahaya.

"Anggota polis terbabit terus mengejar suspek hingga masuk ke kawasan Seberang Perai Tengah sebelum kenderaan lelaki itu terbabas di bahu jalan Kampung Pertama.

"Suspek masih cuba untuk melarikan diri dengan keluar meninggalkan kenderaannya namun dia terjatuh sehingga mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala dan luka di bahagian tangan kanan.

"Polis kemudian terus menahannya dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan suspek tidak menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai enam rekod berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

"Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.