SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Khemah gerai makan Kampung Sireh musnah dipukul ribut

Khemah gerai makan Kampung Sireh musnah dipukul ribut

KOTA BHARU – Selepas kejadian letupan kereta yang berlaku dua minggu lalu, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila khemah gerai makannya yang terletak berhampiran Pangsapuri Kampung Sireh di sini rosak dipukul ribut petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Norehan Ariyatula, 42, mengalami kerugian hampir RM3,000 selepas khemah dan peralatan di dalam kedai makannya rosak akibat diterbangkan angin kuat.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang membuat persiapan awal di dalam premis itu untuk berniaga pada pagi esok.

“Sebelum kejadian, saya sempat melihat angin yang kuat menuju ke arah sehingga menyebabkan kerusi dan meja tercampak ke jalan raya.

“Saya hanya mampu berpegang pada tiang khemah dan kejadian itu berlaku dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Norehan, dia yang masih trauma kejadian letupan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang membawa muatan mercun dua minggu lalu kini terpaksa melalui detik yang sukar ketika ini.

Katanya, kejadian ribut pada petang tadi terjadi sekelip mata, namun tetap reda dengan ketentuan yang berlaku.

“Kerosakan dalam kejadian ini agak teruk. Runsing saya memikirkan untuk mencari wang untuk membaiki kedai makan yang menjadi punca pendapatan kami sekeluarga.

“Bagaimanapun, saya bersyukur apabila anak perempuan yang berusia 12 tahun sempat naik ke rumah kami di tingkat empat pangsapuri. Jika tidak, saya tidak tahu apa akan berlaku kepadanya,” katanya. – K! ONLINE

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!