SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas


SAITAMA: Ketua Balai Polis Fukaya di Jepun meletak jawatan selepas didakwa mencuri tisu tandas dari sebuah bilik air pasar raya bulan lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam pada 29 Mei, Takashi Tanaka, 60, didakwa mencuri lima gulung tisu tandas yang bernilai sekitar 170 yen (kira-kira RM6.40) dari bilik air sebuah pusat membeli-belah berhampiran Stesen JR Konosu.

Menurut kenyataan polis pada Khamis, kejadian berlaku ketika Tanaka kembali ke kediaman rasminya di bandar Konosu selepas minum di tempat letak kereta di sebuah kedai runcit, lapor TBS News.

"Saya menghidap penyakit kronik.
"Selepas minum, saya bimbang bila saya akan pulang.

"Jadi saya curi tisu tandas itu untuk kegunaan sendiri," kata Tanaka.

Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan.

Tanaka dikenakan hukuman pemotongan gaji selama satu bulan, namun dia memilih untuk melepaskan jawatan pada hari sama.

"Saya minta maaf atas pengkhianatan kepercayaan ini," kata Tanaka lagi ketika mengumumkan pelatakan jawatannya.

Polis dalam pada itu merancang untuk membawa kes Tanaka kepada pendakwa raya.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.