Kelendan Lori Rogol Gadis 13 Tahun Yang Baru Kenal 3 Hari

Rogol gadis dikenal tiga hari, kelendan lori dipenjara lapan tahun

KUCHING: Seorang kelendan lori dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merogol kenalan media sosial bawah umur yang baru dikenalinya selama tiga hari. 

Hakim Maris Agan turut memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Carlos Vanelee Tomy, 22, untuk dikuatkuasakan hari ini, selain mengenakan dua sebatan terhadapnya. 

Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pemuda tersebut didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun di kediamannya yang terletak di Kampung Simpok, di sini, pada 26 Mei lalu, antara jam 12.30 tengah malam dan 9 pagi. 

Berdasarkan keterangan kes, pengadu yang merupakan bapa kepada mangsa menyedari anaknya keluar bersama tertuduh dengan menaiki motosikal pada malam kejadian. 

Pengadu kemudian mendapati mangsa dihantar pulang oleh tertuduh pada jam 9 pagi. 

Dia (pengadu) seterusnya menyoal keberadaan mangsa dan mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan tertuduh. 

Laporan polis seterusnya dibuat sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh. 

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon agar dikenakan hukuman ringan. 

Hakim Maris Agan bagaimanapun menegaskan yang tertuduh tidak mempunyai alasan kukuh untuk diberikan hukuman ringan dan berpendapat bahawa tertuduh tidak sepatutnya membawa gadis bawah umur keluar pada tengah malam untuk tujuan sedemikian.

Tegas Maris juga, negara kita mempunyai undang-undang terutamanya membabitkan kesalahan sebegini. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Ilham Kamaruddin. 

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)