SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Kehidupan Susah Jamal Abdillah Sebelum Bergelar Artis yang ramai tak tahu

Jamal Abdillah atau dengan nama sebenar Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Ali adalah merupakan seorang penyanyi pop yang cukup terkenal di Malaysia. Gelaran yang dipegang oleh beliau adalah Raja Pop Malaysia.

Kareer Jamal Abdillah dalam nyanyian adalah selari dengan zaman kegemilangan artis popular lain seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris.

Kami amat pasti ramai yang mengenali Jamal Abdillah, namun tahukah anda sejak bila beliau mula berkecimpung dalam dunia seni? Untuk makluman anda pembaca setia hlazdrop.com, beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM pada tahun 1979.

Selepas menempah nama dengan menjadi juara dalam pertandingan tersebut, namanya semakin memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir. Beliau iaitu Jamal Abdillah adalah merupakan anak sulung dalam keluarga yang punyai seramai tujuh adik-beradik.

Jangan anda tidak tahu bahawa Jamal Abdillah menerima pendidikan awal di sekolah rendah di negara jiran iaitu di Brunei Darussalam. Lantas kemudian, beliau mengikut bapanya pulang ke Malaysia dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan.

Sebenarnya, pada tahun 1973 Jamal Abdillah pernah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beroleh gelaran juara.

Bakat Jamal Abdillah akhirnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun.

Persembahan beliau dengan lagu hits kumpulan Alleycats berjudul “Senandung Semalam” yang begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut. Setelah merakam empat buah album pop bersama komposer terkenal Ahmad Nawab, Jamal Abdillah terus menjadi salah seorang antara penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan boleh dikatakan hampir seluruh golongan masyarakat di negara kita amat meminati beliau.

Kemunculan beliau dalam filem juga sedikit sebanyak telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem. Lantas dengan itu, kejayaan beli menjadi semangat kepada Jamal Abdillah untuk terus tonjolkan potensi dan sentiasa muncul sebagai bintang filem yang ternama.

Fakta menarik untuk anda, filem melayu pertama yang mendapat kutipan tertinggi pada waktu itu adalah filem bertajuk Adik Manja dengan jumlah sebanyak RM3.5 Juta.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!