Jururawat muda meninggal dunia akibat Covid-19

Jururawat muda meninggal dunia akibat Covid-19

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat muda yang bertugas di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Sungai Buloh telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 5 Jun lalu.

China Press melaporkan, Mugilarasi A/P Perumal yang berusia 26 tahun telah meninggal dunia di Hospital Ampang.

Kakak kepada Mugilarasi ketika dihubungi China Press berkata, adiknya yang berasal dari Batu Gajah, Perak merupakan anak bongsu dalam lima adik-beradik.

Katanya, selain bersedih dengan permergian orang kesayangan, ahli keluarga juga berdepan pelbagai berita palsu mengenai kematian adiknya.

Sebelum ini, satu video yang menunjukkan ahli keluarga menangis tersedu-tersedu melihat orang kesayangan mereka disemadikan telah tular dalam Internet.

Ahli keluarga tersebut juga kelihatan dipisahkan oleh kaca dengan jenazah semasa urusan persemadian dilakukan sama ada oleh anggota perubatan atau petugas syarikat pengurusan pengebumian.

Kakak kepada Mugilarasi meminta orang ramai menjaga sensitiviti dan perasaan ahli keluarga dan berhenti menyebarkan video yang melukakan hati mereka.

“Kami telah membuat laporan polis berhubung video ini. Sila menjaga sensitiviti dan memahami perasaan kami dengan menghapuskan video ini,” katanya. 

Sumber: MalaysiaGazette

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)