SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Insiden Penguatkuasa Berebut Smartphone Dengan Penjaja Kecil Disiasat

Pasir Mas: Polis menjalankan siasatan berhubung video yang tular menyaksikan berlaku pergelutan antara seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) Pasir Mas dan peniaga nasi dalam kejadian bersebelahan Bank Islam di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya juga sedang mengesan peniaga berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, setakat ini, polis sudah menerima satu laporan polis daripada seorang penolong pegawai penguat kuasa PBT berusia 33 tahun malam tadi, susulan videonya merebut telefon peniaga ketika menjalankan tugas, tular sejak petang semalam.

"Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku ketika penguat kuasa berkenaan bersama tujuh lagi rakan setugas lain membuat operasi di lokasi berkenaan terhadap penjaja tanpa lesen.

"Semasa operasi dijalankan, seorang lelaki iaitu penjaja nasi bungkus merakam menggunakan telefon bimbit dan penguat kuasa berkenaan cuba menghalang lelaki terbabit daripada terus berbuat demikian sehingga berlaku pergelutan.

"Semasa pergelutan berlaku, penjaja berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang penguat kuasa menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, penguat kuasa berkenaan turut memaklumkan peniaga terbabit sudah dalam pemerhatian PBT memandangkan berniaga di kawasan tidak di benarkan.

Katanya, terdapat dua rekod rampasan sebelum ini oleh pihak PBT terhadap peniaga sama iaitu pada Februari dan Mac lalu dan kejadian semalam adalah rampasan kali ketiga membabitkan peniaga itu.

"Ketika kejadian, peniaga berkenaan juga dikatakan tidak memberikan kerjasama apabila diminta kad pengenalan oleh penguat kuasa untuk disaman atas kesalahan berniaga di ruang parkir selain kesalahan pengimbas suhu rosak.

"Namun, tindakan peniaga yang merakam video muka penguat kuasa sedang menjalankan tugas secara dekat menyebabkan pengadu merampas telefon bimbitnya bagi menghalang video itu daripada terus dirakam.

"Rampasan yang dibuat terhadap barang niaga peniaga terbabit ketika operasi berkenaan termasuk payung, kaki meja, banner, nasi bungkus, kuih dan pengimbas suhu," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Saya mengingatkan semua pihak jangan sembarangan suka mengambil gambar, merakam video untuk semua perkara dan kejadian dengan niat untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan.

"Perbuatan ini tidak baik dan seolah-olah menjadi kebiasaan," katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!