IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER?
Admin telah menerima makluman bahawa identiti Pn. Yana ini telah banyak kali digunakan scammer untuk menipu.
Beliau telah kehilangan kad pengenalan pada tahun 2019 dan telah buat repot polis. Tahun ni beliau dapat tahu kad pengenalannya telah digunakan scammer untuk menipu dalam urusan jual beli barang dalam talian.
Kalau perasan, nama di dalam gambar kad pengenalan tersebut telah diubah mengikut nama pemilik akaun. Tetapi alamat beliau ni scammer kekalkan.
Maka berduyunlah mangsa penipuan scammer ni telah pergi ke kampung beliau untuk mencari Pn. Yana ini. Pn. Yana telah membuat beberapa kali repot covering mengenai perkara ini.
Maka suka admin ingatkan:
1. Jika anda kehilangan kad pengenalan, segera membuat laporan polis. Ini adalah sebagai perlindungan diri anda juga jika perkara sebegini terjadi.
2. Jika anda tahu identiti anda telah digunakan tanpa kebenaran, segera membuat laporan polis. Juga sebagai covering diri.
Jadi tindakan Pn. Yana ini adalah bijak dan tepat. Tak salah, jangan takut untuk repot polis.
Kepada pembeli dalam talian:
1. Berhati-hati dengan tawaran too good to be true.
2. Berhati-hati dengan penjual yang menjanjikan bulan dan bintang. Terutama yang terlalu MUDAH berkongsi identiti diri sebagai jaminan.
3. Beli dari platform yang boleh dipercayai.
4. Semak no telefon, nombor akaun di portal SEMAKMULE (https://semakmule.rmp.gov.my/) atau hubungi CCID SCAM RESPONSE CENTER (03-2610 1599/ 03-2610 1559) untuk meminta pandangan dan nasihat.
#JanganJadiMangsaScammer
#IdentityTheft
#PDRM
#Scammer
#Alert