Disangka Diculik Burnian, Rupanya Sembunyi Dalam Almari

Rembau: Selepas tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, seorang lelaki mengalami masalah mental yang dilaporkan hilang di kawasan Gunung Datuk, di sini, ditemui menyorok dalam almari, petang ini.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Mohd Arif Ahmad Osasi berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Ariff Abdul Malek, 21.

Katanya, mangsa ditemui menyorok dalam almari di pusat latihan pendakian di kaki gunung itu pada jam 4.55 petang.

"Ketika ditemui mangsa dalam keadaan baik. Kami terus bawa mangsa ke pangkuan keluarganya," katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki berkenaan pada jam 1.50 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi bagi mengesan mangsa.

Katanya, mangsa datang ke kawasan gunung itu dengan menunggang motosikal.

"Sebelum itu, kami turut menemui pakaian dan kasut mangsa," katanya yang memaklumkan seramai 29 anggota termasuk bomba, polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu dalam operasi berkenaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)