SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Derita Remaja Dirogol Atok,Bapa Saudara dan Sepupu Bergilir-gilir

Dua lelaki ditahan, seorang diburu terlibat kes rogol remaja

TEMERLOH – Sudahlah terpaksa tinggal bersama nenek selepas kedua ibu bapa bercerai, seorang remaja perempuan Orang Asli bernasib malang apabila dipercayai dirogol oleh datuk, bapa saudara dan sepupu di Kampung Paya Sendayan di sini.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu itu dirogol ketika berada di rumah neneknya sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan kejadian rogol itu hanya diketahui selepas seorang rakan mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa remaja berusia 13 tahun itu sudah tidak mempunyai dara seterusnya mangsa mengakui dirogol oleh ketiga-tiga suspek.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Katanya, pada masa ini polis berjaya menahan dua orang suspek yang merupakan ahli keluarga mangsa pada 8 dan 9 Jun lalu yang direman sehingga 15 Jun ini.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan penama Charlie Din yang beralamat terakhir di Kampung Mendoi Kuala Krau dan maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran,” ujarnya.-K! ONLINE

TOPIK KETIGA - APA PERLU BUAT SELEPAS DAFTAR SSM


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!