SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bapa Rogol, Liwat Anak Kandung Berkali-kali Sejak Berusia 6 Tahun Didakwa

Seorang juruteknik kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 13 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya sejak 12 tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak nya itu antara tahun 2009 hingga 2020 dan melakukan amang seksual antara tahun 2009 hingga 2019.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Bukit Mertajam.

Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muhammad Syeqal berkata, tertuduh memohon kepada mahkamah agar dirinya diberi ikat jamin namun mahkamah tidak membenarkan jaminan dibuat dengan alasan mangsa tinggal serumah dengan tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam tertuduh dijatuhi hukuman 18 bulan penjara dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul anak perempuannya.

Hukuman dijatuhkan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha hari ini.

Mangsa juga telah dipaksa melakukan hubungan seks selain pernah diliwat bapanya sejak berusia enam tahun.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan bapa mangsa di Bukit Tengah pada Jumaat lalu untuk siasatan selanjutnya.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!