Bapa Hukum Anak Mencuri

Kaherah: Seorang bapa memberi hukuman kejam kepada anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengikatnya di sebatang kayu dan melumur badannya dengan madu.

Kejadian mengerikan itu terjadi di Qalyubia, Mesir selepas seorang jiran menuduh kanak-kanak lelaki itu mencuri.

The Sun melaporkan bapa berusia 34 tahun berkenaan mengikat anak lelakinya ke batang kayu dengan tangan terikat di belakang dan melumurkan tubuhnya dengan madu.

Bapanya meletakkan anak itu di bumbung rumah mereka di Shebin Al-Qanater Center.

Madu yang membaluti tubuh kanak-kanak itu menarik kumpulan lebah dan nyamuk.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan berapa lama kanak-kanak itu ditinggalkan di bumbung rumah mereka.

Ibunya, 29, khuatir keselamatan anak lelakinya segera mencari bantuan dari badan penyelamat setempat.

Dia juga memberitahu pihak berkuasa mengenai insiden mengerikan di rumahnya.

Kemudian melarikan diri bersama anak lelakinya ke kampung lain.

Wanita itu mendakwa suaminya sering menyeksa secara fizikal anak lelaki mereka.

Dia memberi hukuman kejam termasuk melarang makan atau minum untuk jangka waktu yang lama.

Siasatan pihak berkuasa menemui kanak-kanak itu dalam keadaan menyedihkan.

Bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut atas pertuduhan mendera anak sendiri.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)