Ahli Parlimen Buat Pesta Makan Durian Langgar SOP


BATU PAHAT – Polis akan menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon dan beberapa individu lagi menikmati durian di sebuah kebun dipercayai dalam daerah ini.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, satu laporan polis sudah dibuat berkenaan video yang tular di media sosial itu dan kertas siasatan sudah dibuka.


"Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Menurutnya, polis akan memanggil ahli Parlimen berkenaan dan mereka yang terlibat dalam video tersebut untuk membantu siasatan.


Beliau turut memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)