SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

100kg daun ketum terapung di laut

100kg daun ketum terapung di laut

KUALA KEDAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 110 kilogram (kg) daun ketum yang terapung di laut pada kedudukan 1.3 batu nautika dari muara Kuala Kuar pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, cubaan menyeludup keluar lapan guni daun ketum itu berjaya dipatahkan lebih kurang jam 2.15 pagi hasil risikan maklumat dan intipan aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini.

Beliau berkata, hasil tinjauan di lokasi sekitar titik panas, bungkusan guni disyaki mengandungi daun ketum terbabit ditemui terapung di laut dan dipercayai menunggu masa yang sesuai untuk diambil sebelum diseludup ke sempadan.
"Modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran yang dilakukan adalah sama seperti tangkapan sebelum ini iaitu menggunakan bot fiber tanpa nombor pendaftaran menuju ke sempadan Thailand dan dipindahkan ke bot-bot nelayan Thailand.

"Susulan itu, kita merampas daun ketum seberat 110 kg dengan anggaran nilai RM19,800 dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Noor Azreyanti berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

Menurutnya, Zon Maritim Kuala Kedah percaya ia adalah jenayah terancang dan akan menjejaki dalang utama sindiket itu bagi memastikan aktiviti penyeludupan daun ketum dapat dilumpuhkan.

Dalam perkembangan sama, Noor Azreyanti memaklumkan rampasan daun ketum berkenaan adalah rampasan keenam membabitkan daun ketum pada tahun ini.

Katanya, aduan awam mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

▶️Sinar Harian

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.