Warga asing pakai "Gelang Pink" beli barang dekat kedai

Polis mengesahkan menerima aduan berhubung video tular beberapa orang pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) berada di sebuah kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit merupakan kontak rapat yang sedang menunggu bas untuk dibawa ke pusat kuarantin di Meru.

Bagaimanapun, katanya, kesempatan itu digunakan beberapa pekerja untuk pergi ke kedai.

"Pihak polis telah sampai di tempat tersebut dan telah mengarah pekerja tersebut berkumpul untuk dibawa ke pusat kuarantin.

"Polis difahamkan seramai 44 pekerja kilang terbabit positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini seorang pemilik akaun media sosial memuat naik status memaparkan rakaman video beberapa pekerja warga asing membeli barangan dan berlegar-legar di sebuah kedai walaupun memakai gelang PUS di tangan.

Status yang dimuat naik itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada orang ramai.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)