Di Kota Manado, Sulawesi Utara Indonesia, seorang bakal pengantin maut selepas terjun dari tingkat 7 sebuah bangunan hotel. Memetik laporan portal Makassar, lelaki tersebut jatuh berhampiran kolam renang dan dibawa ke hospital tidak jauh dari situ. Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia.
Dilaporkan juga, mangsa akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat dan dijadualkan bernikah di Gereja Sentrum pada pukul 2 waktu Indonesia Tengah.
Malah, video rakaman menunjukkan mangsa berlari masuk ke hotel sebelum terjun menjadi viral di Tiktok. Menerusi video pendek tersebut, pengiring pengantin lelaki dilihat sedang berehat dan melakukan sesi live di Facebook.
Keadaan menjadi panik setelah rakan-rakan menyedari mangsa tiba-tiba terjun dari bilik hotel tersebut. Setakat ini masih belum dapat dipastikan apakah punca utama menyebabkan mangsa bertindak membunuh diri satu jam sebelum melangsungkan pernikahan.
Di ruangan komen, orang ramai menyatakan simpati dengan nasib bakal pengantin perempuan dan rakan-rakan pengiring yang semestinya trauma melihat kejadian di depan mata.
Detik-detik pengantin lelaki lari ke balkoni dan terjun dari tingkat 7 ketika sahabatnya buat video live di sosial media.

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!