Susulan insiden itu jemaah yang berada di tempat kejadian tidak menunggu lama untuk membelasah lelaki tersebut kerana dianggap biadab serta membatalkan solat jemaah yang lain. Kekecohan tersebut walaubagaimanapun berjaya diredakan oleh imam dan jemaah-jemaah yang lain.
Imam yang bernama Juhri Ashari (20 an) mengakui tidak mengenali lelaki tersebut sama sekali kerana baru aktif menjadi imam di masjid tersebut selama sebulan. Imam tersebut walaubagaimanapun dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Imam Juhri Ashari menjelaskan ketika beliau sedang mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah belakang memegang bahunya sambil berkata "Tuan...", memandang kan beliau sedang mengetuai solat jadi beliau tidak respon terhadap pertanyaan lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu sekali lagi memekik "Boleh tak betulkan solat kamu?!!" sebelum menampar mukanya.
Selepas insiden itu, Lelaki tersebut diserahkan kepada pihak polis dan hasil soal siasat lelaki itu mengakui bahawa dia tidak suka mendengar ayat al quran yang dibacakan ketika solat membuatkan dia bertindak untuk melakukan hal yang biadab itu.
Tiada sebarang rekod medikal yang menyatakan bahawa lelaki itu mengalami masalah mental dan berkemungkinan dia berhalusinasi sehingga mendorong dia melakukan hal tersebut. Hasil urine test juga mendapati lelaki tersebut negatif dadah.
VIDEO : Insiden Lelaki Tampar Muka Imam

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!