VIDEO - Lelaki Sokong Israel Positif Dadah Ditahan Polis

Melaka: Polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun, yang didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 11.13 pagi semalam sebelum lelaki itu dipanggil untuk direkodkan keterangan, beberapa jam kemudian.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, suspek telah memuat naik satu video di aplikasi berkenaan dengan nama pengguna @pahlawan90, yang menyatakan sokongan terhadap Israel.

"Video tular tersebut telah menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Afzanizar berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.

Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan berasingan mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatang khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menyeru kepada orang awam supaya menggunakan paltform media sosial dengan bertanggungjawab, dengan mengelakkan membuat kenyataan yang menyentuh sesnsitiviti mana-mana agama dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," katanya.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)