VIDEO - Konvoi Bawa Bendera Palestin, 11 Ditahan Kerana Membahayakan...

Melaka: Sekumpulan 11 penunggang motosikal ditahan polis selepas didapati menunggang secara berbahaya sambil membawa bendera Palestin, semalam.

Kumpulan itu dikatakan 'berkonvoi' di Jalan Telok Mas sebagai menzahirkan tanda solidariti terhadap Palestin yang diancam Israel, namun cara tunggangan mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan penunggang motosikal itu kira- kira jam 8 malam apabila video mengenainya tular di media sosial.

Katanya, siasatan ke atas video berdurasi 23 dan 30 saat itu mendapati kumpulan penunggang itu bukan hanya membahayakan diri mereka sendiri namun, pengguna lain juga.

"Susulan itu seramai 11 individu dipanggil ke Balai Polis Kandang untuk memberi keterangan sebelum ditahan.

"Kesemua yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 30 tahun. Bagaimanapun tiga daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Afzanizar berkata, lapan penunggang direman dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021) iaitu tiada seorang pun dengan apa-apa cara boleh menyertai perarakan.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)