VIDEO - Dah Langgar SOP Nak Provoke, Salahkan Polis

Sungai Siput: Lelaki dikompaun RM1,500 kerana tidak mencatatkan rekod butiran diri ketika ke sebuah premis selain tidak memakai pelitup muka ketika membeli minuman keras di sebuah pasar mini di Kampung Muhibbah di sini, petang kelmarin.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu juga cuba memprovokasi pegawai polis berpangkat inspektor yang mengeluarkan kompaun terhadapnya sambil merakam video.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kompaun RM1,500 turut dikenakan kepada pemilik premis itu kerana gagal memastikan lelaki terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, provokasi terhadap pegawai polis hanya dilakukan oleh pelanggan premis itu namun pemilik kedai akur dengan tindakan kompaun yang turut dikenakan ke atasnya.

"Lelaki berkenaan didapati memasuki pasar mini terbabit untuk membeli minuman keras tanpa mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat butiran diri selain tidak memakai pelitup muka menyebabkan dia ditegur oleh pegawai polis yang sedang melakukan rondaan pemantauan.

"Dia kemudiannya memberi pelbagai alasan kepada inspektor berkenaan sambil merakam reaksi atau tindakan pegawai polis itu.

"Tindakannya yang bersifat provokasi itu langsung tidak dipedulikan inspektor berkenaan yang juga Ketua Polis Balai Sungai Siput," katanya ketika dihubungi.


VIDEO PROVOKASI POLIS MENJALANKAN TUGAS



"Otak Udang Korang..."


Bagaimanapun, Mohd Khaizam berkata, tiada tindakan lanjut dikenakan bagi tindakannya itu walaupun rakaman video itu sudah tular.

"Saya menganggap perbuatan merakam dan menyebarkan video kejadian itu sebagai sesuatu yang bagus kerana secara tidak langsung beritahu ramai orang bahawa polis akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran SOP selepas ini.

"Tambahan pula, lelaki berkenaan secara jelas mengakui kesalahannya yang tidak memakai pelitup muka. Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan keras selain tidak berkompromi terutama dalam waktu jangkitan Covid-19 mencatatkan angka yang tinggi ketika ini," katanya.

Terdahulu, dua video yang dirakam lelaki terbabit ditular di Facebook dengan seorang lelaki cuba memprovokasi pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Wahed.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)