SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - 30 Tahun Ibu Tunggal Hidup Dengan Merangkak


Tanah Merah: "Selama 30 tahun saya hanya mampu bergerak dengan merangkak, bagaimana pun, saya anggap kekurangan ini satu 'keistimewaan' buat saya untuk lebih menghargai kehidupan," luah Norazlinda Deraman, 30.

Ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun itu terpaksa merangkak kerana kedua-kedua kakinya lumpuh sejak dilahirkan.

Norazlinda mengakui dia banyak menghabiskan masa di rumah kerana pergerakannya yang terbatas, selain tidak pernah bekerja dan berhenti sekolah ketika tahun satu akibat tidak tahan diejek oleh rakan.

"Sejujurnya, saya tiada keyakinan diri dan lebih selesa berada di rumah menghabiskan masa bersama anak, Nur Amalina Mohd Faizal, yang berusia lapan tahun. Jika ada sebarang majlis di sekolah anak juga, ibu atau kakak yang banyak mewakili saya.

"Saya bersyukur kerana dapat menumpang kasih dan berteduh di rumah ibu, Che Hasnah Awang, 61, selepas bercerai dengan suami pada tahun 2016, tidak cukup dengan itu, ibu turut menyediakan dapur asing yang memudahkan saya untuk memasak sendiri.

"Disebabkan saya hanya mampu merangkak, ada sahaja rasa sakit dan lenguh di bahagian lengan serta seluruh badan mungkin kerana terpaksa menampung badan setiap kali bergerak," katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan wakil Yayaysan Raja Shamri (YRS) di rumahnya di Kampung Padang Kijang, di sini, baru-baru ini.

Ketika kunjungan itu, wakil YRS, Tuan Zaimah Raja Omar menyampaikan sumbangan kewangan, pek makanan, telekung dan memberi kata-kata semangat kepada Norazlinda.

Norazlinda berkata, sebelum ini dia hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain menumpang rezeki ibunya untuk makan dan minum di rumah.

"Setiap bulan, saya akan menabung sebanyak RM50 sebulan, sebagai simpanan kecemasan jika anak sakit atau demam. Saya cukup bersyukur kerana anak memahami kekurangan yang ada pada saya dan tidak pernah sesekali merungut malah banyak membantu memudahkan kerja saya di rumah.

"Besar harapan saya untuk pastikan Nur Amalina belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang berjaya agar dapat membantu mengubah kehidupan kami sekeluarga dan paling penting supaya dia tidak perlu lagi hidup dalam kedaifan.

"Tak banyak yang saya tahu mengenai dunia luar, malah tidak pernah sekali pun saya keluar dari negeri Kelantan tapi bernasib baik kerana ada kemudahan Internet di telefon yang membolehkan saya tahu mengenai isu semasa," katanya yang juga menghidap penyakit asma.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu berkata, dia hanya keluar ke klinik berdekatan untuk mendapat ubat dan terpaksa membiasakan diri dengan pandangan orang ramai yang memandang fizikalnya itu.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.