VIDEO - 30 penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri

30 penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan kira-kira 30 motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, di sini, semalam.

Lelaki berusia 18 tahun yang juga pekerja sambilan itu cedera di tangan dan di bahagian belakang badan akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.20 malam.

Katanya, siasatan mendapati sekumpulan penunggang motosikal itu terbabas dan berlanggar sesama sendiri sebaik sahaja kereta peronda (MPV) polis tiba di tempat kejadian.

"Akibat pelanggaran itu, lelaki berkenaan mengalami cedera di tangan dan bahagian belakang serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan.

"Mereka dilihat menunggang motosikal secara berkumpulan dan siasatan masih dijalankan sama ada mereka terbabit dengan aktiviti rempit," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

▶️ TONTON VIDEO

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)