Tiga lelaki ditimpa pokok tumbang



 KUALA LUMPUR – Tiga lelaki berdepan detik mencemaskan selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian berdekatan Muzium Negara dari arah KL Sentral di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku pukul 3.05 petang sewaktu seorang penunggang motosikal warga tempatan serta dua lelaki warga asing yang menaiki sebuah kereta sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar.


“Susulan hujan yang lebat dan angin kencang, sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan pada kaki dan telah dikejarkan ke hospital.


“Penumpang dan pemandu kereta Proton Saga berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Anuar, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan oleh pihak berwajib dan trafik dijangkakan akan beroperasi semula seawal pukul 7 petang ini. 



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)