SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Terkejut Kakak Dibelasah Abang Ipar Separuh Mati, Sampai Patah Tulang Rusuk

Seremban: "Saya dan ahli keluarga terkejut apabila mendapat tahu kakak koma kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kepala," kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya sendiri, 4 Mei lalu.

Jahidah yang juga kakitangan kerajaan kini berada di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor, sebaik insiden itu dialaminya.

Fazariah, 38, berkata, dia dan adik-beradik lain dalam keluarganya terkejut dan sedih dengan keadaan yang menimpa kakak sulung daripada tujuh beradik itu.

Katanya, pihaknya dapati kecederaan dialami Jahidah sangat teruk yang membuatkan dia koma sehingga kini.

"Saya dimaklumkan oleh pihak hospital yang merawatnya bahawa kakak alami kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Ada berlaku pendarahan di otak dia. Pembedahan terpaksa mengambil masa selama 12 jam.

"Malah, saya dimaklumkan oleh pihak yang merawat, kakak cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah.

"Pembedahan terpaksa dilakukan terhadapnya kerana kecederaan dialami terlalu serius," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Menurutnya, dia terkejut dengan insiden yang menimpa kakaknya itu kerana mangsa tidak pernah memberitahu atau berkongsi dengan adik-beradik lain mengenai masalah yang dihadapi dalam keluarganya.

Fazariah yang tinggal di Melaka berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lalu, dia sukar untuk menemui kakaknya itu yang tinggal di sebuah apartmen di Johor Baharu.

"Kami jarang jumpa kerana dia duduk di Johor Bahru dan saya di Melaka. Pada Februari lalu, dia bersama suami ada datang singgah ke rumah saya sekejap ketika mempunyai urusan kerja di Melaka.

"Ketika itu tiada tanda menunjukkan pasangan suami isteri itu mempunyai masalah, malah dia sendiri tidak pernah memberitahu kami masalah dalam keluarga atau ada benda tidak baik berlaku.

"Jahidah mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan ketika ini sedang hamil anak pertama empat minggu," katanya yang memaklumkan mereka berasal dari Sabah.

Dalam laporan media sebelum ini, seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya sendiri 4 Mei lalu.

Mangsa yang sedang hamil empat minggu itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga selain nasihat daripada pihak HSA.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Rosmaini Abd Raof, 38, masih dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes berkenaan.

SHARE BANYAK2 SAMPAI TERTANGKAP SUAMINYA. JANGAN BIARKAN NANTI DIAM MACAM TU SAJA


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!