SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tempoh Kuarantin Bagi Penumpang Dari India Dilanjutkan...


Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India melalui misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) serta penerbangan repatriasi dari negara itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tempoh itu dilanjutkan dari 14 hari kepada 21 hari setelah tujuh daripada 132 penumpang telah dikesan positif COVID-19.

"KKM telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India bagi misi HADR pada 12 Mei 2021 dan juga penumpang yang tiba melalui penerbangan repatriasi pada 13 Mei 2021, iaitu daripada 14 hari kepada 21 hari.

"Mereka dikehendaki menjalani kuarantin wajib ini di stesen kuarantin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Mereka juga perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ujarnya, KKM akan terus memantau situasi tersebut dan akan membuat penilaian risiko bagi melihat keperluan untuk memanjangkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 21 hari buat penumpang lain yang tiba dari India.

"Sekatan sedia ada bagi penumpang bukan warganegara ke Malaysia dari India masih berkuat kuasa seperti biasa," ujar beliau.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus memberikan kerjasama dalam mengekang kemasukan varian baharu dari India iaitu B.1.617.

"Varian ini dilaporkan lebih cepat menular dan menyebabkan gejala yang lebih serius termasuk dalam kalangan yang berusia di bawah 50 tahun," tambahnya.

Terdahulu, satu penerbangan telah berlepas ke India untuk membawa pulang rakyat Malaysia serta pasangan atau keluarga mereka, dan selamat kembali pada jam 12.53 tengah malam 12 Mei 2021.

Penerbangan tersebut membawa 132 penumpang yang terdiri daripada 117 rakyat Malaysia, Brunei (lapan), Denmark (empat), India (dua) dan Indonesia (seorang).

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!